Isnin, 6 April 2015

Resepi Daging Asam Pedas Sedap Nikmat


Cara Buat Daging Asam Pedas

Bahan-bahan Daging Asam Pedas:

  • 1/2 kg daging - rebus hingga empuk dan hiris, simpan air rebusan
  • 10 tangkai cili kering - rebus sehingga lembut
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inch halia
  • 1/4 inch lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah tomato - setiap biji potong 4
  • Sedikit daun kesum
  • Sedikit rempah tumis(Cengkih, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
  • Garam dan Gula secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Kisar cili kering, bawang, halia, lengkuas dan serai sehingga halus. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan baki air rebusan daging tadi diikuti daging, buah tomato dan daun kesum.
  3. Biar ia mendidih kemudian angkat untuk disajikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan